Monday 6 April 2015

Projek Perumahan Sepanjang Lebuhraya PLUS Arah Selatan. Kemana Selepas Ini?

1) Sepanjang perjalanan kita menghala ke selatan tanahair melalui Lebuhraya PLUS. Kita akan lihat kiri dan kanan lebuhraya terdapat banyak projek perumahan baru. Saya memberi fokus perjalanan bermula dari Tol Sg Besi menghala ke Selatan.

2) Kita mulakan di Bangi, Projek Southville City  oleh Mah Sing. Pembangunan New Township ini seluas 428 ekar dengan GDV RM8.3B. Harga Bumiputra untuk Savanna Executive Suites bermula dari RM350,000 dengan saiz dari 956kps hingga 1,017kps. Rasanya dah 8 blok sudah SOLD OUT!. Kita boleh kategorikan harganya boleh lar mampu milik. Pada saya apartment pinggir KL bermula dengan harga RM350,000 itu mahal sebenarnya namun untuk pelaburan 3-5 tahun akan datang ia agak sedikit berbaloi dengan statusnya Freehold.





3) Selepas Bangi kita teruskan perjalanan, kita akan jumpa Projek Bandar Puteri oleh IOI Properties Group Bhd seluas 370 ekar nilai kasar pembangunan (GDV) sebanyak RM4.0Billion. Mengambil masa 8-10tahun untuk menyiapkan keseluruhan fasa. Namun harganya memang WOW! hanya mampu tengok sahaja.Bermula dengan RM700K, saiz lot cuma 22' x 80' namun Build Up memanglah besar 2,716kps. Sudah tentu sasaran jualannya bukan golongan pertengahan jauh sekali rakyat marhaen seperti saya.





4) Kemudian disebelahnya kita akan nampak pula Projek Nilai Impian oleh Sime Darby. Rasanya tak perlulah untuk review satu persatu projeknya. Kita fokus kepada harga yang mungkin boleh dikategorikan mampu dimiliki. Medina (Phases 3), teres 2 tingkat bermula dengan harga RM416,888, B/up 1,921 Luas lot 20x72.






5) Projek Sime Darby juga kita akan jumpa selepas Nilai Impian ialah Bandar Ainsdale. New Township seluas 562 ekar. Jelas kita lihat dari tepi highway kerja pembinaan sedang rancak berjalan. Lokasi memang strategik dan akan ada new interchange akan dibuka. Harganya memang berbaloi tapi dari segi saiz agak kecil teres 2 tingkat 20 x 60 dari harga RM348,888 namun hanya untuk beberapa unit dan dah pun SOLDOUT dan saiz 22 x 75 dari harga RM460,000.




6) Bersebelahan Bandar Ainsdale adalah projek IJM Land, Bandar Seremban 2. Harga tidak jauh bezanya teres 2 tingkat 22 x 70 bermula dengan RM429,210. Lokasi jugak strategik bersebelahan new interchange yang akan dibuka.



Persoalan Utama. 
Mengapa perumahan baru tertumpu di tepi Highway PLUS? Kebolehhubungan (connectivity) adalah key point dalam pemilihan lokasi oleh pembeli. Jawapan mudah adalah mudah bagi pembeli ulang alik antara rumah ke tempat kerja.

SETERUSNYA DI MANA? JENIS PROJEK?

Kita lihat projek perumahan baru di tepi highway terhenti setakat Seremban. Selepas Toll Seremban tiada tempat yang sesuai untuk projek perumahan di tepi highway. Kalau kita lihat trend pemaju adalah menfokuskan pembeli dari KL dan harganya mengikut harga KL. Dengan harga bermula dari RM400,000 sememangnya target market pemaju bukan untuk penduduk yang bekerja di Negeri Sembilan dan Melaka. Jadi di mana lokasi sesuai untuk target market ini?

Jawapannya......



Mengapa Pedas, Negeri Sembilan?

1) Hanya 50 minit dari Tol Sg Besi, KL
2) Hanya 15 minit dari Tol Seremban
3) Hanya 15 minit dari Tol Alor Gajah
4) Hanya 10 minit dari Tol Senawang
5) Hanya 10 minit dari Bandar Rembau
6) Projek bersebelahan Highway PLUS
7) Hanya 1KM dari Tol Pedas ke pintu rumah anda!
8) Bersebelahan Halal Hub Pedas
9) 5 Minit ke Kolej Komuniti Rembau
10) 5 Minit ke ILP Pedas 
11) 5 Minit ke Wet World Air Panas Pedas

Akan Datang....

1) UiTM Rembau akan dibuka Ogos 2016
2) Hospital Rembau akan dibuka pertengahan 2016

Anda Berminat dengan Projek ini?
Anda rasa inilah lokasi yang sesuai untuk anda?

Apa maklumat projek?
Berapa harga seunit?
Berapa luas?
Jenis kediaman yang dibina?
Berapa tingkat?


SEMUANYA ANDA TENTUKAN!

Betul...anda tentukan dengan mengisi Borang Pra Pendaftaran. ( Hanya 13 soalan ringkas)


x Tiada Komitmen
x Tiada Wang Pendahuluan